salam dears...
ari ni chinta nak update pasal malam perasmian pada 18hb Mei yang lepas
alhamdulillah semua dipermudahkan...
majlis berjalan ngan lancar
pesta kali ni berlangsung kat kampus INSPEN
apa yang lainnya kali ni perasmian adalah waktu malam
berbanding sebelum2 ni dirasmikan ketika matahari betul2 tegak kat kepala
alhamdulillah juga sbb kami x payah berjemur di tengah2 panas...
kami diarahkan untuk berkumpul di surau inspen pukul 7
sbb nak ready untuk solat sekaligus untuk conteng2 muka sekali
bergambar dulu sebelum turun ke padang...
kira ramai jugak la penyokong yang datang
BPP siap ada sediakan kelab penyokong lagi
memang meriah la malam tu ngan bunyi sorakan dari kelab kami
x lupa jugak en suami dan en adik chinta datang sekali
ye lah nak bg semangat la katakan
kami yang ready untuk memulakan acara yang sebenar
huh...ase nak terkencing pun time ni
berpeluh2 mak dibuat nya
abg pengawal keselamatan
yang ditugaskan untuk membawa bendera
kiri kanan kiri.....kiri kanan kiri
yeyyyy!!!!
ready untuk memulakan persembahan
ada masa nanti chinta cuba masukkan video erk
sementara menunggu kontinjen lain membuat persembahan
uit2 abg maskot dah bukak kepala ye
kontinjen dari JABATAN AKAUNTAN NEGARA
KONTINJEN PENGURUSAN
KONTINJEN DASAR
dan last sekali kontinjen dari SISTEM &KAWALAN
malam tu masing2 buat yang terbaik
macam2 gaya dan aksi tersendiri
sementara menunggu datuk2 berucap
x sangka lak malam tu ada sponser bunga api dari pihak KASTAM
lama giler nak menunggu hbis
ada la 20 minit
kami yang x sabar nak tunggu keputusan dari juri
dalam hati redha jew la...
kalau menang alhamdulillah
kalau x...cuba lagi tahun depan
alhamdulillah sekai lagi chinta panjatkan kesyukuran tak terhingga
kerana kami memenangi pertandingan ini
x sia2 usaha kami
turun berlatih pagi petang
bila diumumkan BPP menjuarai pertandingan tu Tuhan saje yang tahu...
cian abg mascot tuh..kena lenyek2....
tertonggeng2 la dalam tu agaknya
kami yang macam dah meroyan pun ada
keputusan pertandingan itu
tempat ke2-KONTINJEN DARI SISTEM &KAWALAN
ke3-KONTINJEN DARI PENGURUSAN
ke 4-KONTIJEN DASAR
dan tempat terakhir dimenangi oleh KONTINJEN DARI JABATAN AKAUNTAN NEGARA
sukan berakhir pada 20hb mei
keputusan penuh dimenangi oleh PENGURUSAN
BPP yang menjadi naib juara
okey la dapat pertahankan kedudukan sperti tahun lepas
..SYABAS DAN TAHNIAH CHINTA UCAPKAN PADA SEMUA ATLIT2 BPP...
nota cinta:psssssttt!!!!!!kami dapat cuti tanpa rekod sehari tau...
DAN yan akak berbangga ngan yan sebab dapat kalahkan AG dalam acara lontar peluru
akhirnya emas menjadi milik yan...tahniah tau